background image

SYARAT & BORANG PENYERTAAN


MENU




SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
FESTIVAL TARI KANAK-KANAK


SYARAT PENYERTAAN


  • Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan pra sekolah di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

  • Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 orang dan maksimum 10 orang pelajar.

  • Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan digalakkan terdiri daripada pelbagai kaum.

Menu






KONSEP TARIAN


Tarian Tradisional merupakan tarian-tarian rakyat yang berentak Asli, Inang, Zapin dan Joget; iaitu keempat-empat tarian ini diangkat ataupun dilabelkan sebagai Tarian Tradisional Kebangsaan (Pan Malaysian Dance). Ia adalah berikutan dengan setiap negeri di Malaysia Barat dan Timur mempunyai keempat-empat jenis tarian-tarian ini.


Konsep persembahan terbahagi kepada 2 bahagian :

  • Bahagian A

    1. Rampaian empat tarian tradisional Melayu (Inang, Zapin, Joget dan Asli). Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu daripadanya.

    2. Masa yang diperuntukkan untuk setiap persembahan tidak kurang dari 4 minit dan tidak lebih dari 6 minit.

    3. Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah ditetapkan.


  • Bahagian B

    1. Pertandingan penari terbaik lelaki dan perempuan.

    2. Setiap kumpulan wajib menghantar 2 orang peserta.

    3. Setiap pasukan digalakkan untuk menghantar seorang peserta perempuan dan seorang peserta lelaki.

    4. Muzik pilihan penganjur akan dipasang oleh pihak penganjur dan peserta dikehendaki menari mengikut gaya tersendiri secara spontan.

Menu





LAGU/MUZIK IRINGAN


  • Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan

  • Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD sahaja (Lagu yang dinyanyikan adalah dibenarkan)

  • CD mesti diserahkan kepada pengelola pertandingan dua (2) minggu sebelum hari pertandingan.

  • Kumpulan yang gagal berbuat demikian akan dibatalkan penyertaannya.

Menu





PEMARKAHAN


Bahagian A
  1. Koreografi atau keaslian tari
35
  1. Koordinasi muzik dan gerakan
10
  1. Pecahan tari dan pola lantain
15
  1. Kesantunan
20
  1. Busana dan tatarias
20
JUMLAH100



Bahagian B
  1. Koreografi atau keaslian tari
35
  1. Koordinasi muzik dan gerakan
10
  1. Pecahan tari dan pola lantain
15
  1. Kesantunan
20
  1. Busana dan tatarias
20
JUMLAH100

Menu





BORANG PENYERTAAN


  • Borang pendaftaran hendaklah dihantar kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada 27 November 2009 beserta wang deposit sebanyak RM 50.

  • Sekolah yang ingin menghantar lebih dari 1 kumpulan tarian dikehendaki menggunakan set borang yang berlainan.

Menu





YURAN PENYERTAAN


  • Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran mengikut kategori masing-masing iaitu: RM100 untuk kategori pra sekolah dan RM150 untuk kategori sekolah rendah.

  • Setiap kumpulan dikehendaki menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM 50 selewat-lewatnya pada 27 November 2009.

  • Bayaran selebihnya hendaklah dibuat ketika penghantaran CD iaitu pada dua (2) minggu sebelum pertandingan dijalankan.

  • Bayaran boleh dibuat secara tunai kepada pihak penganjur di alamat berikut:

  • Kolej Kediaman Kinabalu
    Universiti Malaya
    50603 Kuala Lumpur


  • Bayaran juga boleh dibuat melalui cek atau kiriman wang pos atas nama Bendahari Universiti Malaya.

  • Kumpulan yang gagal membuat pembayaran sebelum tarikh-tarikh yang dinyatakan akan dibatalkan penyertaannya.

Menu





PAKAIAN / AKSESORI


  • Pakaian dan aksesori penari-penari mestilah disediakan sendiri oleh pihak sekolah serta bersesuaian dan sopan.

  • Sebarang penggunaan alas kaki tidak dibenarkan sama sekali.(contoh: capal/selipar/kasut)

Menu





RAPTAI PERTANDINGAN


  • Semua kumpulan diwajibkan hadir pada sesi raptai penuh sehari sebelum hari pertandingan berlangsung.

  • Kumpulan yang tidak dapat menghadiri sesi raptai hendaklah memaklumkan hal tersebut kepada pihak penganjur seawal mungkin.

Menu





MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN BERSAMA KETUA JURI


  • Satu perjumpaan bersama ketua juri pertandingan Festival Tari Kanak-Kanak akan diadakan pada hari Sabtu, 13 Mac 2010. Setiap sekolah wajib menghantar seorang wakil untuk menghadiri perjumpaan.

  • Tempat dan masa akan diberi tahu kemudian oleh pihak penganjur.

  • Cabutan undi juga akan dibuat pada hari tersebut.

Menu





HARI PERTANDINGAN


  • Setiap kumpulan hendaklah menetapi masa yang telah ditetapkan.

  • Markah akan dipotong bagi kumpulan yang lewat atau memohon untuk menunda giliran persembahan.

  • Pengangkutan tidak akan disediakan oleh pihak penganjur.

  • Sebelum persembahan berlangsung, seorang guru pengiring/wakil sekolah dikehendaki wajib berada di meja teknikal untuk memberikan isyarat memulakan lagu dan menamatkan lagu.

  • Makanan serta bilik persediaan akan disediakan untuk para peserta oleh pihak penganjur.

  • Faktor keselamatan para peserta sepanjang pertandingan adalah menjadi tanggungjawab guru pengiring.

Menu